Showing posts with label reminders. Show all posts
Showing posts with label reminders. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

3 perkara....

3 PERKARA YANG MEMBINASAKAN:
  • Kagum dengan diri sendiri.
  • Terlalu bakhil (kedekut).
  • Sentiasa mengikut hawa nafsu.

3 PERKARA YANG MENYELAMATKAN:

  • Takut kepada Allah ketika bersendirian atau di khalayak ramai.
  • Berlaku adil sama ada ketika suka atau marah.
  • Berjimat cermat.

"Moga kita jauh dari perkara-perkara yang membinasakan dan dekat dgn perkara-perkara yang menyelamatkan... InsyaAllah..."

Monday, November 16, 2009

Jagalah hati...

Peristiwa petang tadi telah menggerakkan hati ini untuk berkongsi tentang sepotong hadith,
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang dan jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang dan jelas, dan di antara kedua-dua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim)
Hati memainkan peranan penting dalam diri kita. Hati lah yang mencorakkan segala tindak-tanduk dan kelakuan kita. Pada saat kita berhadapan dengan suatu perkara yang meragukan, hati akan menjadi faktor penting untuk membuat sesuatu keputusan. Orang yang mempunyai hati yang bersih akan sentiasa dipermudahkan urusannya oleh Allah dan dia akan diberi petunjuk dalam mengharungi ujianNya. Jadi antara cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga hati ialah:
  • Sentiasa muhasabah diri
  • Sentiasa mengingati Allah (Dzikrullah)
  • Sentiasa berselawat.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga teman-teman. Inilah sahaja yang dapat ku kongsikan untuk kali ini.

"Daku hanya insan biasa. Kadang kala ku jatuh tersungkur kerana terlalu lemah.

Ku mohon keampunanMu, Ya Allah...."

Saturday, October 31, 2009

cinta....

Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini... pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu hakiki, berpisahkan pun masih bertemu..
iLuvislam.com: surat cinta buat isteriku

Wednesday, October 14, 2009

diam......

Diam itu lebih baik. Banyak orang berkata, " Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?" Aku katakan pada mereka, " Bersikap diam dalam menghadapi oarang bodoh atau orang yang gila merupakan kebajikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat, harimau2 hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menyalak."

Just a reminder for us especially me..
  • Diam itu lebih baik...
  • Think before you talk.
  • Janganlah cakap terlampau banyak sgt sampai orang lain rasa kurang senang dgn kita.
  • Bila kita dh cakap terlampau banyak, kadang2 tu sampai terkeluarlah cerita pasal orang lain... Ni dah kira mengumpat lah pula... So, berjaga2 lah sikit dgn kata2 yg dikeluarkan dari mulut tu.

p/s: ..... banyak mulut.....

Monday, April 20, 2009

taubat seorang hamba.....

salam......
kali ni saje nk share satu lagu..... by Irsyadee feat Hafiz Hamidun...
renungkan....
"Taubat Seorang Hamba" (sila klik di sini)

Hati hiba mengenangkan
dosa-dosa yg kulakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
terima taubat hamba berdosa

*chorus:
ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
terimalah... terimalah... terimalah...
taubat ku ini

Telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerna hilang dari jalan
menuju redha Mu Ya Tuhan...

ulang*

di hamparan ini ku meminta
moga taubat ku diterima

ulang* 2x

>> peringatan buat kita bersama. bertaubatlah kita sebelum terlambat....

Sunday, March 1, 2009

muhasabah diri......~~

last nite, i attend an usrah kat umah senior..... rsnyer cm dh lame kot x pegi majlis2 cmni.... dsbbkan dh dekat tu pegi la.... hmm, lg satu ade makan2 juge.... maybe tu slh satu faktor pegi jugak la.......... tp aku rs brsyukur sgt la sbb Allah mmbuka hati ini utk pergi, coz i learn lots of thing n its remind me what is actually important in our lives...

basically, usrah last nite is about "MENGINGATI KEMATIAN", and the things that i cant ever forget is watching the short film about "Sakaratul Maut"... walaupun aku x brape nk fhm sgt sbb ia dlm bahasa Arab, but ape yg digmbrkan dlm filem tu mmg btul mmbuat aku trigt dosa2 yg tlh aku lakukan... mmg btul2 menakutkan...

Maybe ade yg prnh tgk filem tu, but i'll give summary about it:
Filem ini mengisahkn ttg seorg hamba Allah yg brnama Hassan.... die mmg suka mmbuang masa, main daun terup, mndgr lagu dan brseronok dgn kwn2... Ayahnya pula seorg yg sntiasa menjaga hubungan dgn Allah dan melakukan kebaikan... Hassan seronok brmain dgn kwn2nye dr malam hingga pagi... Ayahnye tidak lena tidur kerana keadaan rumah yg bising lalu ayahnye menyruh Hassan brhenti dan menyuruh kwn2nye sume pulang. Stlh kawan2nye sume pulang, die duduk sofa dan terus smbung mndgr lagu... Sehingga azan berkumandang pun die tetap tidak menghiraukan....
Selepas itu ditunjukkan suatu prgerakan yg sgt pantas dtgnye dr langit dan itulah malaikat Izrail. Ditunjukkan bhw malaikat Izrail dtg utk mncabut nyawa tidak pernah lewat walau sesat skali pun... Di saat malaikat Izrail menghampiri Hassan, die berasa sgt takut. Tatkala itu, die dpt melihat prjalanan hidupnye dr kecil sehinggalah ke saat itu. Malaikat Izrail mncabut roh Hassan lalu trpisahlah roh Hassan dr jasadnya... Tak brape lame slpps itu, ayah Hassan dtg utk mengejutkannya utk solat. Namun Hassan ttp x bgn dan ayahnye sedar bhw Hassan tlh tiada. Ditunjukkan bhw roh Hassan menangis melihat ayahnya brsedih dgn pemergiannya....
Jasad Hassan dipersiapkan utk dimandikan dan dikafankan.....dan dlm mase yg same ditunjukkan roh Hassan mengikut shj ke mana jasadnye dibawa.. Tatkala jasadnya dimandikan, roh Hassan mngalami kesakitan yg teramat bila air dijirus ke jasadnya... Kemudian, jasadnya dikafankan..
Semasa jasadnye dibawa ke kubur, ditunjukkan bhw ade anjing yg brada di atas jasadnya. Hanya roh saje yg dpt melihat anjing itu dan anjing itu sbnrnya melambangkan amalan yg dibawa oleh Hassan. Roh Hassan cuba mmberitahu ayahnya bhw ade anjing di jasadnya tp ayahnya tidak dpt mndengarnya dan die menangis. Kemudian, dia melihat kuburnya yg sempit sedikit krn agak susah untuk dimasukkan jsadnya dan malaikat mengatakan ini lah rumah kamu... Selepas itu, die melihat api marak dr kuburnya dan malaikat pun menariknya masuk ke dalam kubur itu...

Tatkala itu, Hassan pun trsedar dr mimpi dgn penuh ketakutan.. Die pergi mendapatkan ayahnya dan menangis sekuat2 hatinya. Lalu, die pun brtaubat dan ingin kembali ke jalan yg benar.
~Tamat~

Kalo diikutkan filem yg sbnr, ade bbrapa kali malaikat dtg brkata2 dgn roh Hassan tp x brape nk fhm sgt la. But basically, ini lah jln ceritanya... Mungkin ade kekurangan kerana x fhm bahasa Arab. Walaupun, pengakhiran cerita ini menunjukkan semua itu adalah mimpi, tp ia dpt mmberi kesan yg sgt besar dlm kehidupan sseorg. Ini menunjukkan Allah sgt kasih dan sayang akan hamba2-Nya dan sntiasa mmberi peluang kpd kita utk kembali ke jalan yg benar.

Sesungguhnya, byk yg aku blajar dr usrah tu...
org yg bijak ialah org yg mengingati kematian dan mmpersiapkan dirinya utk menghadapi kematiankite harus igt bhw maut itu boleh dtg pada bile2 mase saje.... mase kite brmain ke, mmbace ke, tido ke....kite perlu mmbuat sgala amalan dan ibadat kite, dgn merasakn seprti kite akan mati esok hari...... dgn cara ini baru la kite akan brsungguh-sungguh.sntiasa igt walaupun kite sntiasa brbuat baik, tp hati kite ttp tidak boleh mrasakan yg kite sudah cukup baik.org yg sntiasa brbuat kebaikan spnjang hidupnya tidak smestinya syurga balasannya dan org yg sntiasa melakukan kejahatan tidak smstinya neraka balasannya... krn di saat menghadapi kematian syaitan akan dtg mnghasut dgn menyerupai org yg kita syg. mase tu kita akan rasa haus yg teramat dan syaitan akan brjanji utk mmberikan air jika kita mengikut kehendaknya( mungkin dgn prcaya kpd Yahudi dan Nasrani). lihatlah, di saat menghadapi kematian tu dugaannya mmg amatlah berat.
Hmm... lps blk usrah smlm mmg mcm agak takut jugak la sbb trbayang2 jek filem tu... Sbb diri ini lemah dan byk dosa yg tlh dilakukan. Aku sntiasa mohon kpd Allah agar diampunkan segala dosa2 ku...

Inilah yg dpt ku kongsikan utk kali ini... Semoga titipan kali ini mmberi pengajaran kpd kite semua....

(p/s: jikalau ade ape2 kesilapan sila komen)