Thursday, November 26, 2009

3 perkara....

3 PERKARA YANG MEMBINASAKAN:
  • Kagum dengan diri sendiri.
  • Terlalu bakhil (kedekut).
  • Sentiasa mengikut hawa nafsu.

3 PERKARA YANG MENYELAMATKAN:

  • Takut kepada Allah ketika bersendirian atau di khalayak ramai.
  • Berlaku adil sama ada ketika suka atau marah.
  • Berjimat cermat.

"Moga kita jauh dari perkara-perkara yang membinasakan dan dekat dgn perkara-perkara yang menyelamatkan... InsyaAllah..."

Monday, November 16, 2009

Jagalah hati...

Peristiwa petang tadi telah menggerakkan hati ini untuk berkongsi tentang sepotong hadith,
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang dan jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang dan jelas, dan di antara kedua-dua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim)
Hati memainkan peranan penting dalam diri kita. Hati lah yang mencorakkan segala tindak-tanduk dan kelakuan kita. Pada saat kita berhadapan dengan suatu perkara yang meragukan, hati akan menjadi faktor penting untuk membuat sesuatu keputusan. Orang yang mempunyai hati yang bersih akan sentiasa dipermudahkan urusannya oleh Allah dan dia akan diberi petunjuk dalam mengharungi ujianNya. Jadi antara cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga hati ialah:
  • Sentiasa muhasabah diri
  • Sentiasa mengingati Allah (Dzikrullah)
  • Sentiasa berselawat.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga teman-teman. Inilah sahaja yang dapat ku kongsikan untuk kali ini.

"Daku hanya insan biasa. Kadang kala ku jatuh tersungkur kerana terlalu lemah.

Ku mohon keampunanMu, Ya Allah...."

Thursday, November 5, 2009

dulu dan kini... suara hati...

dulu aku ragu..
dulu aku lemah..
dulu aku takut...
tak mahu itu..
kini...
telah terungkai kekusutan itu...
telah faham satu persatu...
telah hadir kekuatan diri...
telah yakin dgn diri sndiri...
telah wujud satu kata putus...
ku mahu itu...

kepadaNya aku memohon..
kepadaNya aku berserah...

moga aku kuat dan tabah..
moga aku terus dekat dengan Mu...
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
Amiin....